Sunday, August 22, 2010

Ayam Percik Eghyz

Hmm...semalam berbuka sempat lagi buat ayam percik (makanan favourite giler)... balik keje dh jam 5.00 ptg.. pergi pasar beli ayam... then balik tgok crita filipina "The Two Of Us" kat ASTRO PRIMA jam 5.30 ptg.. nasib baik mak dh abis masak then mintak tolong mak bersihkan ayam... time iklan aku terus masukkan rencahnya...perap 30 minit... jam 6.30 baru start panggang...(guna sabut kelapa ok)..aromanya OMG...menarik sekali.... tp sayang sekali terlupa pulak nak amik gambar.... so dlm N3 ni xde la pic ayam percik Eghyz tuu... xpe jumaat ni family semua makan kat rumah..nt aku kena wat ayam percik tu lagi sbb semua family, anak2 saudara suka sgt... tunggu jumaat ni aku masukkan gambar... sorry semua... tapi untuk tidak menghampakan kalian aku selitkan resepinya di sini....

Bahan-bahan
Ayam  ( amik bhgn paha saiz besar shj 5 ketul) tp klu xda amiklah seekor
Bawang putih 5 ulas *
Bawang besar 1 biji *
Cili kering *
Lengkuas 3 inci *
Serai 3 btg *
Buah pelaga 5 biji *
Herba campur 1stb *
Ketumbar 1stb
Lada hitam (ditumbuk) 1stb
Serbuk kari daging 1stb
serbuk kurma 1stb
Serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit gula

* kisar kasar

Caranya

1. ayam dibersihkan kemudian sejat sampai kering air.
2. Lumurkan ayam dgn garam, gula, serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk kurma,ketumbar dan lada hitam. (lumur sambil tekan2 agar bahan2 ni meresap jauh ke dalam isi ayam)
3. Kemudian masukkan bahan * yg siap di kisar ke dalam ayam td. lumurkan agar sebati.
4. Kemudian bungkuskan ayam yang siap di rencahkan td ke dalam beg plastik dan biarkan 30 minit.
5. Siapkan panggang dan panggang ayam sampai separuh masak.
6. Kemudian titiskan ayam td dgn minyak masak yang dicampur jintan putih dan jintan manis dgn  menggunakan serai. Ulang proses ini sampai ayam masak.

Kuah Kacang Percik

Bahan

Kacang Tanah 1 mangkuk
Cili kering
gula
garam
susu sejat
air kosong
cara
1. goreng kacang tanah dgn cili kering sehingga masak.
2. Kisarkan kacang tanah dan cili kering .
3.Masakan dlm periuk, masukkan susu sejat,air,garam dan gula.
4. Jgn biar sampai kering. agak2 lembap gitu angkat dan tuangkan ke atas ayam yang siap di panggang tadi. selebihnya bole di buat kuah....

Selamat Mencuba..!!!

No comments:

Post a Comment